"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Tuesday, April 21, 2009

swiss roll

ni pulak..buat masa raya ari tu..susah gak ni..bukan susah..cuma cam payah..haha

Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
Sedikit coklat emulco
Jem strawberri secukupnya


Cara Membuatnya

  1. Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit).
  2. Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.
  3. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
  4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
  5. Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang.
  6. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.
  7. Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.
  8. Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.
  9. Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap

0 princess comments: