"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Tuesday, October 8, 2013

OBJEKTIF UUM

OBJEKTIF UNIVERSITI


Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang-bidang pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan dan perbankan, undang-undang, pemasaran, pengurusan teknologi, linguistik terapan, komunikasi, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pengurusan perniagaan, pelancongan, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, logistik dan pengangkutan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaantani, matematik perniagaan, statistik industri dan kaunseling. 
Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain.
Di samping pengajaran dan penyelidikan, universiti ini juga memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan ini.  Universiti memainkan peranan ini dengan melibatkan dirinya dalam projek kemasyarakatan, sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta. Ke arah matlamat tersebutlah universiti ini sedang bergerak. 
Objektif ini dapat dirumuskan kepada tiga perkara seperti berikut:
  • Untuk berperanan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan.
  • Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan.
  • Untuk menjadi pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan.

Monday, October 7, 2013

SAMBAL UDANG PETAI

Ingredients
  • 1kg udang dibersihkan
  • 3 papan petai dibuang kulit
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • bahan kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 1 gelas air
  • 1 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Instructions
  1. panaskan kuali untuk menumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau
  2. masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan ringan
  3. masukkan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mendidih sedikit
  4. tambah 1/2 gelas air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat
  5. masukkan udang, petai dan bawang hiris. kacau rata dan biarkan untuk 5 minit.
  6. masukkan gula dan sedikit air, kacau lagi rata2. biarkan mendidih dan masak untuk 5-7 minit
  7. tutup api dan biarkan sambal mesra untuk 30 minit sebelum di hidang..
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."