"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Sunday, November 21, 2010

.Nur Aisya Sofea.

.Baby Sofea photoshoot. 
.
.Serious.

Laugh baby Laugh.

.Baby Sofea.

.Run baby Run.

.Comel.

.Tutt Chakk.


.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Friday, November 19, 2010

.Salam Aidiladha.

17 Nov. 2010 : Usai solat sunat Aidiladha di Masjid Changlun, terus bergerak balik ke kampung di Pokok Sena, Kedah.
.
 .menziarah pusara yang telah tiada.
.
Korban seekor lembu. Sebelah malamnya ada sedikit kenduri di kampung.
Kemudian, pulang kembali ke Changlun.
.
.

18 Nov 2010 : Korban di Taman Angsana
.
.
.Kerbau.
.
.Juadah di rumah. =)
.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga kita dapat menghargai erti pengorban sebenar. Assalamualaikum..=)
.



"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Thursday, November 18, 2010

Its so Brilliant.


Baru beli ini..=) so far. Its good. Kalau tak bagus pun, ini hanya around 2k ++, so kalau rugi,tkde la banyak..kan2? tapi bagus untuk entry level camera, compare to d3100..tak percaya? cuba la! ngeee~ tapi brand sony, tak famous sangat dekat malaysia. Ramai nikon and canon. dulu pun rasa nak pakai nikon n canon. tapi tkpe la, mula2 ni try ni dulu, nanti lama2 dah puas, bagi adik ke, kite tukar canon pulak oke? takkan lari gunung dikejar..HAHA
.


.



 A bright idea. The Sony A33's LCD screen sports a super-bright "Sunny Weather" mode. It loses some highlights, but makes the viewfinder remarkably usable in direct sunlight. Shot in direct afternoon sunlight, the sequence above gives you some idea of the effect.
.



info pasal this camera . Here.
.
.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, October 9, 2010

.Paku yang Lekat di Hati.



Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” 


“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti. Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. 


“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti (macam lagu rossa pulak). Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
.
.
 
"Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan."
.

.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, October 2, 2010

.DIY frame.




U just need to have,
1. A Photo.
2. A pair of scissors.
3. Glue / double sided tape.
4. Mounting board (black + white)
.
.
Mula mula, cut mounting board mengikut size photo. (muat untuk size 2 photo)
Then, lekatkan gambar korang itu atas mounting board yang di potong.

Tada..Siap!


.
.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, September 8, 2010

.Sayur campur Sos Tiram.

.
.

1. celur sayur sayur selama seminit, bagi mengekalkan zat zat vitamin dalam sayur tersebut. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak.

3. Tumis halia, bawang merah, bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram sebanyak 1-2 sudu besar.

4. Masukkan cendawan.

5. Masukkan sedikit tepung jagung. (2 sudu kecil). (untuk melikatkan kuah)

6. Masukkan sedikit garam dan gula.

7. Masak sehingga kuah likat

8. Tuang kuah ke atas sayur sayuran yang dicelur tadi.

9. tadaaa.
 .
.
.
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, September 4, 2010

.RESEPI ICE-CREAM GORENG.




Bahan-bahan nya :


1 : Ice Cream
2 : Roti Buku (Gardenia/Hi Fi/ Lain-lain)
3 : Cawan Plastik
4 : Sudu
5 : MinyaK masak + Kuali
.
.
Cara-cara membuatnya:


1. Ambik Roti.
2. Ambik Ice-cream seperti ini. Letakkan ke atas roti tadi.
3. Ambik sekeping lagi roti, telangkupkan
atas ice-cream tadi.
.
.


4. Gunakan gelas plastik. Tekan kuat-kuat..biar kedua-dua roti tadi melekat.
5. Buang lebihan-lebihan roti. Jangan buang terus, jangan jadi seperti 'habis madu sepah dibuang'. lagipun, membazir itu amalan syaitan. Tuhan marah.
6. Lebihan roti tadi, boleh dibuat puding roti, puding caramel roti pun boleh.
Ataupun bagi ikan makan..heee
.
.

7. okey..bila dah siap semuanya..anda boleh la simpankan ia ke dalam
peti sejuk.Dan keluarkan bila hendak di goreng.
.
.
.the result.
 .


okey, selamat mencuba.
.
.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, August 21, 2010

.EDC buffet Ramadhan.



.
.
 .reservation.
.
.caramel.
.
.sira ubi kayu.
.
.salad.
.
.soup.
.
.
.hasif + abah.
.
.mama + nabila.
.




Thursday, July 22, 2010

.bagaimana menyayangi seseorang.

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
.
.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. 
.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
.

.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
.
.

.
.
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Sunday, July 18, 2010

.video convo.


.

Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung ataupun secara tak langsung dalam pembikinan vdeo ini..TQ
.
.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, July 7, 2010

.Tips Imam Shafie menjaga hati sesama manusia.


“..Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. ."
.
.

"...Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan..."
.
.

"...Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai...”
 
 .
.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Monday, June 21, 2010

.Happy birthday Mama.

 .some lil gift for my mama.
.
.
.

mama, today I love you,
and tomorrow I will too,

happy birthday mama. I love you.
.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Tuesday, May 18, 2010

.SIFAT PEMARAH .


hye my dear followers..mari baca entry kali ini dengan senyuman..jom..:-)

.

Mari sama2 kita ubat hati kita..bersihkan hati kita dari hasad dengki, dendam amarah.Kita mesti ubati hati kita. ye mesti, ini wajib.Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina, banyakkan berdiam diri dan berdoa..Ingatlah bahawa mungkin kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang kita marahi.

Satu lagi, cuba anda2 semua banyangkan rupa anda masa tengah marah..haha.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
.
.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian,keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
.
.

Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, wa tengok lu kecik besar kecik besar der.haha.. ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis..so, ayuh, kita berubah!


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, April 24, 2010

.today's advise.


 .
hey ladies n gentleman..:-)

remember, I am always here if you need something. Don't be afraid to ask questions. Make sure you let people know how you feel before you lose the chance to. Never forget the feelings of others, or of yourself. Admire nature. Create stories out of the curves of trees. Don't worry about growing up because if you do, you'll miss your past. Take every opportunity that comes your way. Never forget to remember. Never criticize or judge. Admit your flaws. You'll mess up, you'll disappoint, you'll be a hypocrite, you'll feel like you don't meet standards, you'll feel ugly, you'll feel fat, you'll feel unloved, you'll feel annoying, you'll feel sorry, you'll feel worthless. But you'll always feel accomplished, you'll feel beautiful, you'll feel loved, you'll feel talented, you'll feel thankful, you'll feel worth something.  Do wrong to no one."
.
.

1)You need people in your life, so you must always forgive and forget.
2) Don't forget love when you need it the most.
3)Don't neglect your friends, cause they'll treat you the same
4)Don't say you mean it, if you don't
5) End it before someone gets hurt
6) Don't overreact, or don't get in that situation
7) Everyone makes mistakes.
8) Don't stay if your being hurt
9)Again, don't lead people on.  
.
.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, April 17, 2010

.jodoh kita semua.

Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.

Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..

Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..

"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.

"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..

Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.

"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan harus diteruskan.

Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..

"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..

"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.

"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.

Sekian, wassalam


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, March 24, 2010

.Istikharah.

 .
 .

"...Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya..."


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Monday, March 15, 2010

.susahnya hendak jadi yang terbaik.

susahnya untuk menjadi yang terbaik.

Menjadi yang terbaik adalah satu keindahan. Dan menjadi yang terbaik pasti akan tergantikan. Seperti lukisan senja yang indah dengan rona emas di seluruh lapisan langit, hanya sesaat waktunya dan tergantikan oleh yang terbaik lainnya : lukisan malam dengan rembulan purnama yang perak cahyanya.
.
.
Sama seperti hidup saya..sejak kecil,saya diasuh untuk menjadi yang terbaik..belajar dan belajar..berkawan..bermain..
sehingga satu demi satu step di sekolah dpt di atasi..bermula dari PTS,dari darjah 3 ke darjah 5..
UPSR..PMR..SPM..MATRIKULASI..UNIVERSITI..
.
.

tetapi saya belajar erti gagal..erti tak semua apa yang kita mahukan,kita akan dapat..gagal belajar..gagal bercinta..
dan semua ini,terlalu banyak memberi kesan dalam hidup..
tetapi..semakin matang,saya fikirkan,kegagalan itu ada hikmahnya..
sesungguhnya,perancangan Allah itu lebih baik dr Perancangan manusia..
.
.
.

Dear followers,cuba fikirkan kawan2 kamu..adakalanya mereka menyenangkan..adakalanya menyakitkan..tetapi,merekalah yang mewarnakan hidup kita..dengan keletah masing2..baik buruk..lumrah alam..
"kawan2..kadang2 saya harap,saya baru sahaja mengenali kalian..biar masa untuk kita berpisah tetap panjang.."
.
.
.

Dalam percintaan..Jujurlah dan jadilah diri sendiri dan bertanya "Dapatkah saya mencintai orang ini dengan cara yang sebenarnya dimana mereka sekarang tanpa harapan untuk berubah?"...
.
.
.

kenangan..adakalanya..tak semua yang manis itu akan kita ingat..tp sedarkah kita,lupa itu adalah 1 nikmat Allah..

"kita tidak mampu menjadi yang terbaik..tetapi..kita boleh berubah menjadi lebih baik.."


 

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."