"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Wednesday, August 6, 2014

KARI IKAN TONGKOL


KARI IKAN TONGKOL

Kari Ikan Tongkol



Ingredients
  • 1 ekor ikan tongkol hitam sederhana besar
  • 2 biji terung , 10 biji tomato cherry, dibersihkan dan di belah-belah.
  • 2 susu besar serbuk kari ketam adabi, 1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging adabi, 1 sudu besar serbuk cili
  • bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • rempah penumis
  • 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 biji cengkih, 3 biji buah pelaga, secubit biji sawi
  • 1 senduk santan kara
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • garam, serbuk perasa dan air secukupnya
  • minyak untuk menumis.


Instructions
  1. ikan dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa untuk 10 minit.
  2. serbuk kari ketam, ayam dan serbuk cili di satukan dan di campur dgn setengah gelas air. kacau hingga sebati menjadi pes
  3. panaskan kuali untuk menumis rempah penumis, diikuti dengan bahan2 kisar. tumis hingga kekuningan dan naik bau.
  4. masukkan pes 3 jenis serbuk tadi dan tumis lagi sehingga ringan dan garing.
  5. masukkan air asam jawa cair, dan kacau. biarkan mendidih.
  6. cuci sekali lagi ikan yang telah direndam dgn air asam tadi dan masukkan kedalam kuah yang telah mendidih, di ikuti dengan terung dan santan. biarkan mendidih sekali lg.
  7. setelah mendidih, sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya. masukkan garam dan serbuk perasa.
  8. akhir sekali, selepas mendidih dgn sempurna, masukkan tomato dan tutup tudung periuk biarkan 3 minit sebelum tutup api.
  9. dah sedia untuk dihidang..!

Monday, August 4, 2014

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK


Mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir di Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) pada 1 OGOS 2014. Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit Pengkuliahan di HEA.