"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Thursday, October 30, 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) – SAMBILAN

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) – SAMBILAN


YBhg. Tan Sri/Dato’ Wira/Datuk/Dato’/Datin/Y.Brs. Prof/Tuan/Puan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera





PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.


1.
a)
Jawatan
:
PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) GRED N17

b)
Badan Berkanun
:
Universiti Utara Malaysia

c)
Kumpulan Perkhidmatan
:
Pelaksana Berkelayakan SPM

d)
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Pentadbiran dan Sokongan (N)





Jadual Gaji
:
RM54.00 sehari


Syarat Lantikan :

i)          Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
ii)         Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan        :           Sambilan

Fungsi Bidang Tugas:        Umum
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Khas
Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas dalam pengendlian peperiksaan dan bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Pengawas dan Pengawas  dalam urusan pengendalian peperiksaan.

TEMPOH PERKHIDMATAN

Mulai 15 Disember 2014 hingga 21 Januari 2015.

Nota: Keutamaan diberikan kepada calon:

1.    Tinggal berdekatan dengan kampus UUM (Sintok); DAN
2.    Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; DAN
3.    Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.



CARA MEMOHON

      i.        Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian  (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang           http://www.perjawatan.uum.edu.my/
     ii.        Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.
    iii.        Tarikh tutup permohonan           :           17 November 2014 (Isnin)       

CATATAN TAMBAHAN

a)   Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
b)   Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c)   Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Jabatan Pendaftar,

Universiti Utara Malaysia,

06010 UUM Sintok,

Kedah Darul Aman


Tel: 04-928 3114/3113

Faks:04-928 3120

Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH

Melangkah ke tahun baru adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.

Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Tuesday, October 21, 2014

HAPPY DEEPAVALI

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan dan masyarakat India. Semoga kemeriahan sambutan pesta cahaya ini dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan. Marilah kita semarakan cahaya perpaduan agar kemakmuran dan kemajuan yang ada pada hari ini berkekalan. Salam 1Malaysia dan Deepavali Nal Vaazhtukal.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Sunday, October 19, 2014

UUM-Universiti Di Rimba Hijau

Tagline' baru Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Universiti Di Rimba Hijau - The University in A Green Forest di Anjung Tamu UUM atau Welcome Centre yang menjadi gerbang informasi universiti diyakini mampu 'menjual' UUM ke persada antarabangsa.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, October 8, 2014

TAWARAN JAWATAN PEN. PENGETUA DPP - UUM

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Thursday, October 2, 2014

TIPS GEMBIRA

Tips Hidup Bahagia

1.  Berdoa 
Ada  masalah atau sedang susah hati? Daripada anda layankan dan fikirkan perasaan tersebut, adalah lebih baik anda “mengadu” dengan Tuhan. Bukankah  doa boleh memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang insan terhadap penciptanya.
2. Tidur dan rehat yang cukup
Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita . Menurut satu web kesihatan, prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa yang berlaku semasa anda tidur.
3. Bahagikan tugas 
Sentiasa ingat bahawa anda yang seorang manusia biasa yang hanya punya dua kaki dan dua tangan, dan tidak mempunyai super power Jadi jangan paksa diri untuk lakukan semua perkara. Minta bantuan orang lain untuk ringankan beban anda. Contohnya, jika anda seorang bos, delegasikan tugas pejabat dengan baik kepada pekerja anda. Untuk suami isteri pula, kongsi tanggungjawab dalam membangunkan keluarga secara saksama.
4. Belanjakan wang ikut kemampuan 
Antara faktor utama manusia tidak bahagia , tertekan dan sengsara dalam hidup adalah bebanan hutang.Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Jadi rancang kewangan anda dengan baik dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan lupa diri setiap kali dapat gaji tapi akhirnya susah hati pada hujung bulan kerana kehabisan wang. Setkan keutamaan anda dan jadi bijak dalam membezakan antara kehendak dan keperluan.
5.  Jaga bahasa dan pertuturan
Jangan kerana mulut badan binasa. Orang yang bermulut jahat dan suka memfitnah tentunya akan tidak disukai oleh masyarakat, termasuk rakan-rakan dan keluarga anda juga. Akibatnya semua orang di sekeliling akan mula menjauhkan diri daripada anda.
6. Amalkan pemakanan yang sihat
You are what you eat ! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya.
7.  Jadi pengemas
Pastikan semua barang- barang anda tersusun. Jadi kehidupan seharian anda akan menjadi lebih teratur. Anda tentu tidak mahu terlewat pergi ke kerja kerana mencari kunci rumah yang berada…. ntah di mana… bukan?
8. Isi masa terluang dengan baik
Isi masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah atau boleh menghiburkan anda. Misalnya jika anda menaiki pengangkutan awam, masa menunggu kadang-kadang boleh buat anda tertekan bukan? Isi masa tersebut dengan aktiviti yang relevan dan anda suka seperti mmbaca buku atau mendengar muzik.
9. Ambil masa untuk bersendiri
Menurut psychologytoday.com, bersendirian penting untuk membolehkan anda menenagkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan konsentrasi, memberi peluang anda mencari diri sendiri, berfikir lebih dalam, meningkatkan kualiti dalam perhubungan dengan orang lain dan menyelesaikan masalah dengan lebih mendalam.
10. Bermain dengan kanak-kanak /bayi atau binatang peliharaan
Ini tips yang pernah penulis tonton daripada satu program Tv oleh  pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, mendukung bayi adalah antara cara untuk menghilangkan stress.Kesan yang sama dapat dirasai dengan mendukung haiwan peliharaan seperti kucing.
11. Senyum dan ketawa
Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan Endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stress,meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang lebih awet muda.
12. Cintakan kerjaya anda 
Kerjaya anda seolah-olah  sebahagian daripada hidup anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja.Jika anda tidak sukakan atau tertekan dengan kerjaya anda, tentu sekali anda akan berasa tidak bahagia secara tidak langsung.
13. Berhenti bergosip tentang orang lain
Orang yang sibuk bercakap hal orang lain adalah orang yang suka bersangka buruk dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya, secara tidak langsung, habit seperti ini membawa kesan negatif kepada diri anda sendiri juga.
14. Lupakan kenangan pahit
Past is past. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masa silam anda yang kurang enak. Pandang ke hadapan dan lupakan saja perkara itu. Anggaplah pengalaman pahit anda sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang mematangkan diri anda.
15. Bersyukur
Orang yang sentiasa punya rasa tidak puas hati dan iri hati dengan orang lain tidak akan bahagia. Belajarlah bersyukur dan menghargai apa yang anda ada. Cuba pandang nasib orang lain yang lebih teruk daripada anda dan berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain.
16. Berfikiran positif 
Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada prosdan cons nya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain.Buka hati dan minda anda seluasnya.
17. Anggap  kehidupan sebagai proses pembelajaran 
Apa sahaja yang anda lalui, itu merupakan satu perjalanan hidup. Guru terbaik adalah pengalaman hidup anda sendiri. Jadi jangan ada penyesalan dalam hidup anda sehingga membelenggu dan menghalang anda daripaa bergerak ke hadapan.
18. Jadi pemaaf 
Life is too short to waste time hating. Belajar untuk memaafkan  insan-insan yang pernah berbuat salah kepada anda. Sebelum tidur cuba untuk maafkan semua orang di sekeliling anda. Mungkin untuk sesetengah kes serius, anda mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikian. Ambillah seberapa banyak masa pun namun jangan berhenti mencuba. Time heals everything.

Wednesday, October 1, 2014

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.