"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, October 7, 2011

.semoga cepat tiba saat itu.

 
Andai kita seorang ayah. Yang sangat mengasihi dan prihatin terhadap anaknya. Apakah kita sanggup membiarkan anak kita yang baru belajar bertatih berkeliaran di luar rumah sendirian tanpa pantauan? 

Apakah kita akan sengaja membukakan pintu agar dia boleh ke luar rumah sewenang wenangnya? Biarpun dia menangis dan merengek meminta pintu dibuka, merayu menagih simpati dari kita. Kita tetap juga tidak akan membuka pintu dan membiarkan dia keluar kerana kita tahu bahaya yang menanti di luar sana. 


Biarlah dia menangis hingga bengkak matanya. Kita enggan membukakan pintu untuknya.

Andai kita seorang ibu.. Yang sangat mengerti dan memahami kehendak anaknya. Apakah kita sanggup membiarkan anak kita yang belum tahu apa2 bermain dengan kertas dan mancis? Apakah kita akan memberikan mereka gunting yang tajam apabila mereka memintanya? Atau mancis yang bisa mencipta api apabila mereka meminta mancis? 

Tentulah tidak kerana kita tahu bahaya akibat gunting dan mancis andai salah cara menggunakannya.

Dan kita juga tahu, mereka masih belum tahu apa apa.

Masa terus berjalan dan seiring dengan itu, anak kita juga turut membesar. Bukan saja fizikalnya, emosinya dan pemikirannya juga kian berkembang. Mereka telah banyak kali terjatuh dan bangkit dari kejatuhan. Mereka telah banyak kali menangis dan sering juga ketawa dalam tangisan. Mereka telah belajar banyak perkara dan kini kita tahu, mereka sudah tahu membezakan mana yang baik dan mana yang sebaliknya. Kita tahu mereka sudah belajar banyak perkara sepanjang hidup mereka.

Dan kini mereka meminta kebenaran untuk bermain di luar rumah. Tanpa rasa ragu, kita bukakan pintu untuk mereka. 

Kerana kita tahu mereka sudah cukup kuat untuk bangun andai terjatuh, Kita tahu mereka boleh berlari menyelamatkan diri andai ada bahaya mendatang. Kita tahu mereka sudah cukup dewasa. Kita izinkan kerana ini adalah masa yang tepat.

Mereka meminta mancis dan gunting. Kita juga berikan kepada mereka. Tanpa perlu bertanya dan bersoal jawab. 

Kerana kita tahu mereka tahu apa gunanya gunting dan mancis. Kita tahu mereka sudah dapat berfikir dan menilai sendiri. Kita berikan kepadanya kerana ini adalah masa yang tepat.

Itu sekadar kisah picisan antara ibu dan ayah, dengan anak mereka..

Bagaimana pula dengan 'kisah' Sang Pencipta dengan hamba ciptaanNya?

Kita sebagai hamba sering berdoa dan memohon dari Sang Pencipta. Banyak yang kita harapkan dan inginkan. Banyak yang kita minta dariNya...

Namun, apakah semua doa doa kita dimakbulkan? Sungguh.. Tidak semua impian jadi kenyataan..

Adakah kerana Dia kejam, maka Dia sengaja tidak menunaikan doa doa kita? Atau kerana Dia tidak kasihkan kita, maka doa2 kita terabai??

Tidak.. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang maksudnya berbunyi;

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."

Percayalah. InsyaAllah, doa2 kita akan diperkenankan, cuma soalnya, bila dan bagaimana ia dimakbulkan, hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Mungkin hari ini, kita berasa kita sudah cukup siap dan bersedia dalam segenap hal. Kita rasa kita sudah cukup bersiap siaga untuk bergelar seorang isteri atau seorang suami, malah tidak sabar sabar untuk menyandang gelaran seorang ibu atau seorang ayah. 

Namun kita merintih dan kecewa. Bilamana jodoh yang diharap harapkan tetap juga tidak kunjung tiba. 

Kita yakin bahawa kita sudah layak untuk mencapai pangkat beserta gaji yang tinggi. Kita berasa bahawa kita berkemampuan dan berkebolehan untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi.

Namun kita mengeluh kerana gaji tetap juga ditakuk yang sama, jawatan juga tetap di paras yang lama.

Jangan bersedih. Usah berputus asa.

Jangan menghukum diri dan berburuk sangka pada Allah. Kerana sesungguhnya, pengetahuan kita sangat terhad sedangkan Allah Maha Mengetahui atas segalanya.

Mungkin kita berasa kecewa kerana doa kita tidak dimakbulkan. Kita sedih kerana  lambat disatukan, jodoh tidak juga datang, tapi siapa tahu, mungkin dengan hidup sendirian ini lebih baik buat kita untuk sentiasa muhasabah diri dan mendekatkan diri pada Ilahi. Kita kecewa kerana pendapatan kita tidak bertambah, tapi siapa tahu, mungkin dengan hidup berserderhana ini lebih membuatkan hati kita menjadi tenang dan lebih banyak mengingatiNya..

Yang pahit, jangan segera dibuang kerana mungkin terselit penawar di sebalik kepahitan itu.

Yang manis, jangan terus ditelan kerana mungkin terkandung racun di sebalik kemanisan itu.

Renung renungkan....

Selamat menanti waktu yang tepat.. Moga segera tiba saat itu.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

credit: sis asniza

Sunday, September 18, 2011

.campus Life.



.Selamat Belajar.


Life’s too short, too precious to be spent regretting the past… or living like you think the world wants you to.  People say live in the moment, if you don’t… life will simply pass you by.  Others say plan for the future… what’s life if you don’t know where you’re going?  In the end, it doesn’t matter how you choose to live life, only that you have something… a reason… a person to live it for.  The sooner you find that special reason, the less people’s opinions will affect you, the easier it will be to let that which truly doesn’t matter, slide.  Is bitching over gas prices, worrying over bills… or regretting what we have or haven’t done really the way our time should be spent?  Ask an old guy, your grandmother… someone who’s inches away from death the one thing they regret not doing.  I’d stake my life that what they say is something along the lines of how they wish they had simply lived life more for the sake of living it, and less like it was never going to end… less like the world wanted to see it lived. 


7 Sept 2011, pelajar UUM mendaftar. Tiba-tiba rasa macam teknik imbas muka dalam novel. terkenang balik dulu-dulu. =)


July 2006, 18yr: 
University life is so different from what I am used to.  I feel scared within in a new place without really knowing anyone.  Even though I try to talk to my classmates in class deep down the void within gets scary.  I know academically things are a lot harder but I remind myself how far I have come, how much I have grown, and most importantly how much I have accomplished.  It's never about the grades but most importantly the ability to face and overcome the anxieties towards my classes. I don't care how long it will take me to get my degree, how many classes I may take a semester, but the most important thing is I am slowly moving forward to get my degree.   Alhamdulillah, umur 21 saya dapat complete my degree. 


Generasi Y. for babies yang lahir 1988 ke atas. Hey, i'm the one. Kira macam the senior of Gen-Y. =)
.
.
For those yang baru register masuk U, belajar molek-molek. Semoga berjaya dan teruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. 
.
tiba-tiba ada banyak gambar nak selit-selit. =)


Kokurikulum: kor-mekanik

study dan makan tak boleh berpisah.
 menantu pilihan. =P

As a result, I’ve noticed I worry less and less about the future, I’m having more fun and experiencing life like nothing else… because no matter what I do, where I go, or what happens to me… I always have a reason to go on living.  That’s my advice, find something or someone worth living for… don’t sweat life’s trivial curve balls, and care less for what people think about you.  In the end, you’ll have more fun… there’ll be less holding you back and a host of things to experience… and by the time you’re a few minutes from death… maybe, just maybe… you wont have any regrets.




My future decided, I know what I'll be. Thanks to you, University, now I'm on my way!






"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, October 9, 2010

.Paku yang Lekat di Hati.



Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” 


“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti. Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. 


“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti (macam lagu rossa pulak). Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
.
.
 
"Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan."
.

.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Thursday, July 22, 2010

.bagaimana menyayangi seseorang.

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
.
.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. 
.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
.

.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
.
.

.
.
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Tuesday, May 18, 2010

.SIFAT PEMARAH .


hye my dear followers..mari baca entry kali ini dengan senyuman..jom..:-)

.

Mari sama2 kita ubat hati kita..bersihkan hati kita dari hasad dengki, dendam amarah.Kita mesti ubati hati kita. ye mesti, ini wajib.Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina, banyakkan berdiam diri dan berdoa..Ingatlah bahawa mungkin kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang kita marahi.

Satu lagi, cuba anda2 semua banyangkan rupa anda masa tengah marah..haha.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
.
.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian,keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
.
.

Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, wa tengok lu kecik besar kecik besar der.haha.. ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis..so, ayuh, kita berubah!


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, April 17, 2010

.jodoh kita semua.

Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.

Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..

Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..

"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.

"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..

Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.

"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan harus diteruskan.

Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..

"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..

"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.

"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.

Sekian, wassalam


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Monday, March 15, 2010

.susahnya hendak jadi yang terbaik.

susahnya untuk menjadi yang terbaik.

Menjadi yang terbaik adalah satu keindahan. Dan menjadi yang terbaik pasti akan tergantikan. Seperti lukisan senja yang indah dengan rona emas di seluruh lapisan langit, hanya sesaat waktunya dan tergantikan oleh yang terbaik lainnya : lukisan malam dengan rembulan purnama yang perak cahyanya.
.
.
Sama seperti hidup saya..sejak kecil,saya diasuh untuk menjadi yang terbaik..belajar dan belajar..berkawan..bermain..
sehingga satu demi satu step di sekolah dpt di atasi..bermula dari PTS,dari darjah 3 ke darjah 5..
UPSR..PMR..SPM..MATRIKULASI..UNIVERSITI..
.
.

tetapi saya belajar erti gagal..erti tak semua apa yang kita mahukan,kita akan dapat..gagal belajar..gagal bercinta..
dan semua ini,terlalu banyak memberi kesan dalam hidup..
tetapi..semakin matang,saya fikirkan,kegagalan itu ada hikmahnya..
sesungguhnya,perancangan Allah itu lebih baik dr Perancangan manusia..
.
.
.

Dear followers,cuba fikirkan kawan2 kamu..adakalanya mereka menyenangkan..adakalanya menyakitkan..tetapi,merekalah yang mewarnakan hidup kita..dengan keletah masing2..baik buruk..lumrah alam..
"kawan2..kadang2 saya harap,saya baru sahaja mengenali kalian..biar masa untuk kita berpisah tetap panjang.."
.
.
.

Dalam percintaan..Jujurlah dan jadilah diri sendiri dan bertanya "Dapatkah saya mencintai orang ini dengan cara yang sebenarnya dimana mereka sekarang tanpa harapan untuk berubah?"...
.
.
.

kenangan..adakalanya..tak semua yang manis itu akan kita ingat..tp sedarkah kita,lupa itu adalah 1 nikmat Allah..

"kita tidak mampu menjadi yang terbaik..tetapi..kita boleh berubah menjadi lebih baik.."


 

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Tuesday, April 21, 2009

be happy!


Hello dear Reader,
take yourself time to be happy!

You are a living miracle,
real on this earth!
You are unique, inimitable & distinctive!

Is that in your head?
Why are you not astonished?
Why are you unable to admire?
Are you not happy with yourself
and with all the others around?

Do you take it for granted to be alive?
Appears it naturally to you
to get time to sing and dance
and time to be happy?

Why should you waste your time with mindless money-hunt?
Why should you distress yourself in heaps about the things of tomorrow and ahead?

Why should you squabble, bore another?
Why should you live in mindless hustle?
Why should you sleep when the sun shines?

You should take time to be happy!

Time isn’t a highway between cradle and grave,
but a place to park in the sun!

Live today!
Smile today!
Be happy today!
Unchain your heart!

Your zest for life and your luck
don’t have to be addicted to
thousand and one nothingness...