"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Resepi Baked Meatball

Resepi Baked Meatball

Bahan-Bahan:
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang - xde
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Cara-Membuatnya:
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap
  4. *Saya letak spaghetti dulu pastu curah sos tomato, susun meatballs, tabur mozarella dan grated parmesan kemudian bakar suhu 220C selama 20 minit. 
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Thursday, May 8, 2014

Resepi Baked Macaroni Cheese

Resepi Baked Macaroni Cheese

Bahan-Bahan:

2 cups uncooked macaroni
75g butter (5 table spoon)
3 table spoons all purpose flour
1 tea spoon salt
2 cups of milk
2 cups of shredded cheddar
1/4 cup of prossed cheese (velveeta) *mozarella + parmesan mix together pon boleh...
2 table spoon dry bread crumbs
1 table spoon butter
pepper

Cara Membuatnya:

masak macaroni mengikut arahan.
pastu, pakai saucepan cairkan butter, masukkan all purpose flour, garam ngn pepper
kacau sebati..
pastu, masukkan susu..
biarkan mendidih, teruskan mengacau selama 2 minit ataupon
sehingga pekat..
kecikkan api,
masukkan masukkan segala cheeses tadi dan kacau sampai cair.
toskan macaroni yg telah dimasak mengikut arahan tadi,
masuk kan kedalam bekas pembakar.
kemudian, masukkan cheese yg dah dimasak bersama2 bahan2 yg telah disebutkan tadi...
gaul sehingga rata...
cairkan satu sudu butter dan campurkan serbuk roti..
pastu, taburkan kat atas macaroni tu. 
dah boleh bakar dengan suhu 375 F (190 C) selama 30 minit sehingga coklat keemasan


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, April 9, 2014

RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP



RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP


Bahan :
6 kpg daging kambing
4-5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ lagi sedap yang baru tumbuk/kisar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang(boleh juga taruh madu)
sesudu kecil mixherbs kering - rosemary, thyme, oregano
2 sudu besar minyak

butter secukupnya - utk memanggang

Cara:
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn  rata pada daging kambing.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik)
Panaskan grill pan  atau nonstick pan dgn api sederhana kecil.
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari)

RESIPI BLACKPEPPER SAUCE
resipi asal - Mimi 

2 biji bawang holland
5-6 biji bawang putih
100 gm lada hitam- dikisar kasar
3 helai bay leaves- dikisar bersama lada hitam
300 gm brown sauce powder (demi glaze) - jenama knorr (kita beli di pasar besar NSK)
1 senduk krim (kita guna susu segar)
air secukupnya
sedikit gula (kita tambah)
minyak zaitun/butter utk menumis

Tumis bawang holland & bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan serbuk brown sauce juga air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan krim/susu. Masak hingga pekat. Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih.
*resipi ni menghasilkan sos yg banyak. Boleh adjust sendiri utk seberapa amaun sos yg dikehendaki. Boleh disimpan ke dalam peti ais. Bila sejuk ia akan memekat jadi tambahkan air secukupnye bila hendak dimasak semula.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Saturday, September 4, 2010

.RESEPI ICE-CREAM GORENG.




Bahan-bahan nya :


1 : Ice Cream
2 : Roti Buku (Gardenia/Hi Fi/ Lain-lain)
3 : Cawan Plastik
4 : Sudu
5 : MinyaK masak + Kuali
.
.
Cara-cara membuatnya:


1. Ambik Roti.
2. Ambik Ice-cream seperti ini. Letakkan ke atas roti tadi.
3. Ambik sekeping lagi roti, telangkupkan
atas ice-cream tadi.
.
.


4. Gunakan gelas plastik. Tekan kuat-kuat..biar kedua-dua roti tadi melekat.
5. Buang lebihan-lebihan roti. Jangan buang terus, jangan jadi seperti 'habis madu sepah dibuang'. lagipun, membazir itu amalan syaitan. Tuhan marah.
6. Lebihan roti tadi, boleh dibuat puding roti, puding caramel roti pun boleh.
Ataupun bagi ikan makan..heee
.
.

7. okey..bila dah siap semuanya..anda boleh la simpankan ia ke dalam
peti sejuk.Dan keluarkan bila hendak di goreng.
.
.
.the result.
 .


okey, selamat mencuba.
.
.

"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."