Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang
sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin
jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.
Kadang-kadang
Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali
tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit,
kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat
jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan..
Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula
wala kuwwatailla billah..
Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya
tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang
lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri
untuk bertanya..
"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali
bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan.
Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin
segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu
tiba-tiba bersuara..
"Suatu
masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya
berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan
kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya
yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang
menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja
selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.
"Sayangnya
rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku
telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan
sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku..
akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu
menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis
semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan.
Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk
meneruskan perjalanannya..
Sampai di persinggahan ke dua, Ali
melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke
mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri
lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan
hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk
termenung..
"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..
"Ibu
bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang
indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan
kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau
menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik.
Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan
kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali
menyambung ceritanya..
"Ketika
meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka
bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu,
begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman,
aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang
paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak
dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak
memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya..
kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu..
Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali
juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah
bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di
teruskan..
Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu
persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang
mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke
belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri,
manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..
"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.
"Burung
aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia
terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja
aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia,
aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.."
Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa
yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum
berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi
dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak
sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung
kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan
harus diteruskan.
Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan,
Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini...
Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah
tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki
menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit..
Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani
bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand
diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..
Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..
"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..
"Dahulu,
aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun
suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara
tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan
tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.
"Kata-kata
aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan
aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami
terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak
ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula,
dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku
terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang
rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah
kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut
merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu
tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.
Begitulah
kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari
hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan
kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang
kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite
menangisi kehilangannya.
Tidak semua orang bertuah, tidak semua
orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik
kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita
bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang
terindah buat kita.
Sekian, wassalam
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."
1 princess comments:
Love this story...
Post a Comment