"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Showing posts with label Masakan Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Masakan Tradisi. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

KARI IKAN TONGKOL


KARI IKAN TONGKOL

Kari Ikan Tongkol



Ingredients
  • 1 ekor ikan tongkol hitam sederhana besar
  • 2 biji terung , 10 biji tomato cherry, dibersihkan dan di belah-belah.
  • 2 susu besar serbuk kari ketam adabi, 1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging adabi, 1 sudu besar serbuk cili
  • bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • rempah penumis
  • 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 biji cengkih, 3 biji buah pelaga, secubit biji sawi
  • 1 senduk santan kara
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • garam, serbuk perasa dan air secukupnya
  • minyak untuk menumis.


Instructions
  1. ikan dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa untuk 10 minit.
  2. serbuk kari ketam, ayam dan serbuk cili di satukan dan di campur dgn setengah gelas air. kacau hingga sebati menjadi pes
  3. panaskan kuali untuk menumis rempah penumis, diikuti dengan bahan2 kisar. tumis hingga kekuningan dan naik bau.
  4. masukkan pes 3 jenis serbuk tadi dan tumis lagi sehingga ringan dan garing.
  5. masukkan air asam jawa cair, dan kacau. biarkan mendidih.
  6. cuci sekali lagi ikan yang telah direndam dgn air asam tadi dan masukkan kedalam kuah yang telah mendidih, di ikuti dengan terung dan santan. biarkan mendidih sekali lg.
  7. setelah mendidih, sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya. masukkan garam dan serbuk perasa.
  8. akhir sekali, selepas mendidih dgn sempurna, masukkan tomato dan tutup tudung periuk biarkan 3 minit sebelum tutup api.
  9. dah sedia untuk dihidang..!

Monday, October 7, 2013

SAMBAL UDANG PETAI

Ingredients
  • 1kg udang dibersihkan
  • 3 papan petai dibuang kulit
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • bahan kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 1 gelas air
  • 1 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Instructions
  1. panaskan kuali untuk menumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau
  2. masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan ringan
  3. masukkan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mendidih sedikit
  4. tambah 1/2 gelas air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat
  5. masukkan udang, petai dan bawang hiris. kacau rata dan biarkan untuk 5 minit.
  6. masukkan gula dan sedikit air, kacau lagi rata2. biarkan mendidih dan masak untuk 5-7 minit
  7. tutup api dan biarkan sambal mesra untuk 30 minit sebelum di hidang..
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, September 8, 2010

.Sayur campur Sos Tiram.

.
.

1. celur sayur sayur selama seminit, bagi mengekalkan zat zat vitamin dalam sayur tersebut. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak.

3. Tumis halia, bawang merah, bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram sebanyak 1-2 sudu besar.

4. Masukkan cendawan.

5. Masukkan sedikit tepung jagung. (2 sudu kecil). (untuk melikatkan kuah)

6. Masukkan sedikit garam dan gula.

7. Masak sehingga kuah likat

8. Tuang kuah ke atas sayur sayuran yang dicelur tadi.

9. tadaaa.
 .
.
.
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."