"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Wednesday, August 6, 2014

KARI IKAN TONGKOL


KARI IKAN TONGKOL

Kari Ikan Tongkol



Ingredients
  • 1 ekor ikan tongkol hitam sederhana besar
  • 2 biji terung , 10 biji tomato cherry, dibersihkan dan di belah-belah.
  • 2 susu besar serbuk kari ketam adabi, 1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging adabi, 1 sudu besar serbuk cili
  • bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • rempah penumis
  • 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 biji cengkih, 3 biji buah pelaga, secubit biji sawi
  • 1 senduk santan kara
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • garam, serbuk perasa dan air secukupnya
  • minyak untuk menumis.


Instructions
  1. ikan dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa untuk 10 minit.
  2. serbuk kari ketam, ayam dan serbuk cili di satukan dan di campur dgn setengah gelas air. kacau hingga sebati menjadi pes
  3. panaskan kuali untuk menumis rempah penumis, diikuti dengan bahan2 kisar. tumis hingga kekuningan dan naik bau.
  4. masukkan pes 3 jenis serbuk tadi dan tumis lagi sehingga ringan dan garing.
  5. masukkan air asam jawa cair, dan kacau. biarkan mendidih.
  6. cuci sekali lagi ikan yang telah direndam dgn air asam tadi dan masukkan kedalam kuah yang telah mendidih, di ikuti dengan terung dan santan. biarkan mendidih sekali lg.
  7. setelah mendidih, sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya. masukkan garam dan serbuk perasa.
  8. akhir sekali, selepas mendidih dgn sempurna, masukkan tomato dan tutup tudung periuk biarkan 3 minit sebelum tutup api.
  9. dah sedia untuk dihidang..!

Monday, August 4, 2014

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK


Mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir di Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) pada 1 OGOS 2014. Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit Pengkuliahan di HEA.



Wednesday, July 9, 2014

Resepi Baked Meatball

Resepi Baked Meatball

Bahan-Bahan:
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang - xde
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Cara-Membuatnya:
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap
  4. *Saya letak spaghetti dulu pastu curah sos tomato, susun meatballs, tabur mozarella dan grated parmesan kemudian bakar suhu 220C selama 20 minit. 
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, June 4, 2014

RESEPI CHOC CAKE


*bahan A
* 2 biji telur
* 1 cawan minyak masak

* 1 cawan gula pasir

* 1 cawan gula perang

* 1 sudu kecil vanila

* 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

* 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

* Bahan B
* 2 sudu kecil sodium bicarbonate

* 1 sudu kecil baking powder

* 1/2 cawan serbuk koko

* 2 cawan tepung gandum

* ============================== *

** Topping **

1/2 cawan koko van hauten

* 1/2 cawan susu pekat

* 1 sudu besar minyak masak


Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan gula dan pukul lagi

3. Kemudian masukkan minyak masak

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


wah..leleh2..hehe