"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Tuesday, January 7, 2014

KELUARGA


Mendirikan rumah tangga dengan Kapten Hafizi bin Halim pada 12 November 2012. 


Dikurniakan puteri sulung pada 28 Ogos 2013, Hawa Marissa binti Hafizi.



Surah AsSyua'ra' ayat 169
"(Luth berdo'a): Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan"

Surah An-Naml ayat 19
"maka dia tersenyum dengan tertawa kerana(mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa: Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Muke dalam dolongan hamba-Mu yang soleh"

Penerangan.
Kedua-dua doa ini adalah doa Nabi Luth A.S dan Nabi Sulaiman A.S (tatkala baginda melihat semut berkata-kata). Resam dunia, pasti ada yang melihta kebahagian sesuatu keluarga itu dengan inspirasi yang negatif, dan setrusnya menghasilkan cemburu. Amalkanlah doa ini, agar segala ancaman syirik dan suntikan syaitan laknatullah dapat dicegah seterusnya mengahsilkan sebuah keluarga yang dilinungi, dan diredhai Allah S.W.T,
-lebih afdhal lagi, bacalah ayat diatas dengan terjemahan bahasa arab.

Wallahualam.


"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."

Wednesday, November 27, 2013

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Mula berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar bermula 20 Jun 2011.



Monday, November 4, 2013

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Berkhidmat di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada 27 Mac 2011."



Tuesday, October 8, 2013

OBJEKTIF UUM

OBJEKTIF UNIVERSITI


Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang-bidang pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan dan perbankan, undang-undang, pemasaran, pengurusan teknologi, linguistik terapan, komunikasi, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pengurusan perniagaan, pelancongan, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, logistik dan pengangkutan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaantani, matematik perniagaan, statistik industri dan kaunseling. 
Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain.
Di samping pengajaran dan penyelidikan, universiti ini juga memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan ini.  Universiti memainkan peranan ini dengan melibatkan dirinya dalam projek kemasyarakatan, sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta. Ke arah matlamat tersebutlah universiti ini sedang bergerak. 
Objektif ini dapat dirumuskan kepada tiga perkara seperti berikut:
  • Untuk berperanan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan.
  • Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan.
  • Untuk menjadi pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan.