“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya
rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya
langsai, bu.”
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini,
setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke
dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku
yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu,
mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
“Lihat ibu, mana ada paku
yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.
“Semuanya telah
dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi
semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba
kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’.
Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti (macam lagu rossa pulak). Walaupun kamu sudah dimaafkan,
tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati
yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang
tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah
hati-hati orang yang telah aku sakiti?
.
.
"Meminta maaf
adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa
meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang
lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati
daripada luka di tangan."
.
.
"...I'm not a potty-mouth..I just love COLOURFUL words..."