ikan dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa untuk 10 minit.
serbuk kari ketam, ayam dan serbuk cili di satukan dan di campur dgn setengah gelas air. kacau hingga sebati menjadi pes
panaskan kuali untuk menumis rempah penumis, diikuti dengan bahan2 kisar. tumis hingga kekuningan dan naik bau.
masukkan pes 3 jenis serbuk tadi dan tumis lagi sehingga ringan dan garing.
masukkan air asam jawa cair, dan kacau. biarkan mendidih.
cuci sekali lagi ikan yang telah direndam dgn air asam tadi dan masukkan kedalam kuah yang telah mendidih, di ikuti dengan terung dan santan. biarkan mendidih sekali lg.
setelah mendidih, sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya. masukkan garam dan serbuk perasa.
akhir sekali, selepas mendidih dgn sempurna, masukkan tomato dan tutup tudung periuk biarkan 3 minit sebelum tutup api.
dah sedia untuk dihidang..!